SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menafikan dakwaan kononnya beliau telah menandatangani surat peletakan jawatan susulan kemelut pentadbiran yang melanda negeri itu.
Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh menyifatkan laporan mengenai peletakan jawatannya sebagai permainan politik dan menegaskan beliau masih menjalankan tugas seperti biasa.
“Mainan politik saja ni, tak betul. Saya tak letak jawatan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini pada Khamis.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fasha Musthafa turut menafikan dakwaan berkenaan dan mengesahkan Ismail masih melaksanakan tanggungjawabnya seperti biasa.
“Itu tak benar Menteri Besar bertugas seperti biasa hari ini,” katanya.








