KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui fokus utamanya sejak kembali menyertai UMNO adalah merangka strategi bagi membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut UTUSAN,beliau berkata sejak permohonannya untuk kembali menjadi ahli UMNO diterima, sebahagian besar perhatiannya tertumpu bagaimana BN boleh membina semula kekuatan dan menawarkan gagasan yang mampu meyakinkan pengundi.
“Semenjak saya menghantar surat permohonan kepada Presiden untuk menerima saya semula sebagai ahli UMNO dan surat itu diterima, terima kasih Presiden. Saya kembali semula.
“Semenjak itu, siang dan malam saya memikirkan dengan mendalam bagaimana untuk memenangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang akan datang.
“Saya tidak fikir benda lain. Setiap hari saya fikir bagaimana kita hendak menang pilihan raya yang akan datang_ katanya pada BN Forum ke-12 bertemakan Agenda Malaysia Biru di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.








