theme-sticky-logo-alt
October 8, 2026
88 Views

“Tidak Pernah Berlaku Kerajaan Saman Kerajaan,”-Aminuddin Harun

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Sembilan sebagai perkara yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara. Menurutnya, perkembangan itu menimbulkan persoalan apabila kerajaan menyaman kerajaan sendiri serta menuntut kos daripada pihak yang sama. “Saya terperanjat apabila... Read More

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Sembilan sebagai perkara yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Menurutnya, perkembangan itu menimbulkan persoalan apabila kerajaan menyaman kerajaan sendiri serta menuntut kos daripada pihak yang sama.

“Saya terperanjat apabila 10 mantan Exco Kerajaan Negeri Sembilan memfailkan saman kepada kerajaan negeri mereka sendiri. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah berlaku.

“Kerajaan saman kerajaan dan menuntut kos daripada kerajaan, tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Aminuddin berkata, beliau tidak mengetahui bagaimana perkara itu boleh berlaku dan pihak yang memberikan nasihat sehingga mencetuskan isu yang menurutnya sepatutnya diselesaikan lebih awal.

Beliau turut berkata, kerajaan negeri yang mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) sepatutnya dapat mentadbir dengan lebih baik dan lancar demi pembangunan serta kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, kemelut yang masih berlaku sehingga Oktober hanya merugikan Negeri Sembilan.

“Jangan kita digelakkan oleh rakyat Malaysia dan rakyat negeri-negeri yang lain melihat kita tidak berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab kita.

“Peluang dan ruang masih ada untuk terus mentadbir dengan baik dan selamat menjalankan tanggungjawab kita,” katanya.

Aminuddin turut mempersoalkan keadaan semasa yang menurutnya bukan lagi sekadar melibatkan perselisihan politik, sebaliknya berlaku dalam kalangan kerajaan sendiri.

“Bukannya hari ini kita terus berpolitik. Bukan sesama orang politik tetapi sekarang sesama kerajaan. Saya pun tak tahu mana satu kerajaan sekarang,” katanya.

Aminuddin turut menegaskan beliau tidak mahu dituduh terbabit dalam memberikan nasihat atau maklumat yang tidak tepat berhubung perkembangan berkenaan.

“Saya harap janganlah tuduh saya terlibat dalam memberi nasihat ataupun memberikan maklumat yang tak betul.

“Tetapi lihatlah sendiri sebagai rakyat, sebagai penyokong, sebagai pendukung, apa yang berlaku dan adakah ia munasabah untuk berlaku di Negeri Sembilan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading