theme-sticky-logo-alt
October 7, 2026
33 Views

“Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa Atau Waris,”-Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Pesalah yang menyebabkan kemalangan jalan raya akibat memandu di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja berdepan hukuman penjara atau denda malah diwajibkan membayar pampasan kepada mangsa atau waris. Menurut Buletin TV3, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, mekanisme pampasan itu akan dimasukkan dalam cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memastikan pesalah turut... Read More

KUALA LUMPUR: Pesalah yang menyebabkan kemalangan jalan raya akibat memandu di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja berdepan hukuman penjara atau denda malah diwajibkan membayar pampasan kepada mangsa atau waris.

Menurut Buletin TV3, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, mekanisme pampasan itu akan dimasukkan dalam cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memastikan pesalah turut bertanggungjawab terhadap kerugian dan kesan yang ditanggung mangsa serta keluarga mereka.

Langkah itu dilihat sebagai tambahan kepada hukuman jenayah sedia ada, dengan mahkamah dicadang diberi kuasa menentukan pampasan berdasarkan fakta dan merit setiap kes.

Antara perkara yang boleh diambil kira termasuk tahap kecederaan atau kehilangan nyawa, kerugian yang dialami mangsa atau waris serta kemampuan pesalah untuk membayar pampasan berkenaan.

Menurut Loke, mekanisme terperinci termasuk bentuk pampasan, kaedah penilaian dan pelaksanaannya sedang diperhalusi sebelum cadangan pindaan berkenaan dibentangkan di Parlimen.

“Ketika ini, Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memperuntukkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.

“Selain itu, Seksyen 45A turut memperuntukkan kesalahan memandu dengan kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan, manakala beberapa peruntukan lain meliputi pelaksanaan ujian nafas serta pengambilan spesimen.

“Bagaimanapun, kerajaan berpandangan pendekatan menangani isu pemandu berisiko tinggi tidak seharusnya tertumpu kepada hukuman semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi aspek pencegahan, penguatkuasaan, pendidikan dan kawalan,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading