theme-sticky-logo-alt
October 6, 2026
104 Views

“Kerajaan Ada 25 ADUN Lantiklah Sesiapa Ikut Titah Yang di-Pertuan Besar,”-J Arul Kumar

SEREMBAN: Kegagalan menyegerakan pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dikhuatiri menjejaskan kelancaran pentadbiran Negeri Sembilan. Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, ketiadaan Exco menyebabkan Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) tidak dapat diadakan sejak tiga minggu lalu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kelancaran urusan pentadbiran negeri. “Sampai bila nak biarkan macam ini? Saya... Read More

SEREMBAN: Kegagalan menyegerakan pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dikhuatiri menjejaskan kelancaran pentadbiran Negeri Sembilan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, ketiadaan Exco menyebabkan Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) tidak dapat diadakan sejak tiga minggu lalu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kelancaran urusan pentadbiran negeri.

“Sampai bila nak biarkan macam ini? Saya rasa sudah tiga minggu mesyuarat Exco tidak diadakan, sedangkan dalam mesyuarat itulah pelbagai perkara dibincangkan dan diputuskan.

“Tanpa Exco, banyak keputusan kerajaan negeri tidak dapat dilaksanakan dan ini pastinya memberi kesan besar sekiranya terus dibiarkan dalam tempoh lebih lama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Arul Kumar, Menteri Besar masih menjalankan tugas seperti biasa, namun tidak semua keputusan kerajaan negeri boleh dibuat secara bersendirian kerana sebahagiannya perlu diputuskan menerusi mesyuarat MMK.

Katanya, perkara itu termasuk urusan berkaitan kewangan, dasar dan polisi negeri.

“Kerajaan ada 25 ADUN. Lantiklah sesiapa pun mengikut titah Yang di-Pertuan Besar, asalkan pentadbiran negeri dapat terus berfungsi dan berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan berkenaan turut menimbulkan kebimbangan terhadap proses penyediaan serta pembentangan Belanjawan 2027 yang perlu dilaksanakan sebelum akhir tahun.

“Bagaimana bajet hendak diluluskan dan dibawa ke DUN jika tiada mesyuarat Exco?

“Setiap Exco juga sudah tentu ada keperluan yang perlu dibentangkan untuk bajet tahun hadapan. Tapi tanpa Exco, siapa yang nak bentangkan? Siapa yang nak cadangkan?” soalnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading