theme-sticky-logo-alt
October 6, 2026
107 Views

“Sanggupkah MCA Bersumpah Sehidup Semati Untuk Negara,”-Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membidas Pemuda MCA susulan gesaan supaya beliau melepaskan kewarganegaraan Malaysia dan berhijrah sekiranya tidak dapat menerima realiti masyarakat majmuk negara ini. Ridhuan dalam satu kenyataan mempersoalkan autoriti Pemuda MCA untuk mengeluarkan gesaan sedemikian, selain mendakwa kedudukan politik parti itu pada hari ini banyak bergantung kepada... Read More

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membidas Pemuda MCA susulan gesaan supaya beliau melepaskan kewarganegaraan Malaysia dan berhijrah sekiranya tidak dapat menerima realiti masyarakat majmuk negara ini.

Ridhuan dalam satu kenyataan mempersoalkan autoriti Pemuda MCA untuk mengeluarkan gesaan sedemikian, selain mendakwa kedudukan politik parti itu pada hari ini banyak bergantung kepada sokongan pengundi Melayu.

“Apa erti semua ini? Apa boleh diharapkan dengan MCA? Bertanding di kawasan majoriti Cina menentang ultra kiasu DAP, hilang wang deposit. Dapat undi yang sedikit, itupun undi ehsan orang Melayu. Tetapi, bila bercakap, seolah-olah dia kuat, begitu kuat.

“Kalau kamu anak jantan, sediakan platform untuk kita berwacana. Kalau kamu takut, panggil pemimpin kamu yang lebih tinggi lagi. Aku bersedia, bila-bila masa,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut merujuk kepada Sumpah Pemuda Indonesia yang menekankan ikrar satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa.

“Sanggupkah MCA bersumpah sehidup semati untuk negara seperti sumpah pemuda pemudi Indonesia

Ridhuan mempersoalkan sama ada MCA sanggup menunjukkan komitmen terhadap negara sebagaimana semangat yang terkandung dalam ikrar berkenaan.

Beliau seterusnya berpandangan bahawa pihak yang tidak dapat menerima agenda negara sepatutnya tidak meminta individu lain menyerahkan kerakyatan atau berhijrah.

Ridhuan turut mengkritik parti-parti yang disifatkannya berasaskan perkauman dan menegaskan perbezaan pandangan tidak sepatutnya membawa kepada desakan supaya seseorang meninggalkan negara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading