theme-sticky-logo-alt
October 6, 2026
22 Views

“Kerajaan Perlu Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sekolah Berasrama,”-Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyediakan peruntukan khusus bagi melantik bekas anggota tentera sebagai warden sepenuh masa selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah berasrama. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan sekiranya sistem sekolah berasrama mahu terus dikekalkan. “Suka atau tidak, jika kita masih percaya... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menyediakan peruntukan khusus bagi melantik bekas anggota tentera sebagai warden sepenuh masa selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah berasrama.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan sekiranya sistem sekolah berasrama mahu terus dikekalkan.

“Suka atau tidak, jika kita masih percaya dan mahu teruskan sistem sekolah berasrama, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk lantik warden sepenuh masa bekas tentera untuk kurangkan beban guru dan CCTV di semua sekolah asrama,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Cadangan itu menurut beliau turut bertujuan mengurangkan beban guru yang ketika ini perlu menggalas tanggungjawab sebagai warden selain menjalankan tugas hakiki sebagai pendidik.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi pernah mengemukakan cadangan supaya bekas anggota tentera dilantik sebagai warden sepenuh masa bagi membantu menangani isu disiplin dan buli di sekolah berasrama.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading