theme-sticky-logo-alt
October 6, 2026
37 Views

“CCTV Tidak Mungkin Dipasang Seluruh Sekolah,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi keutamaan terhadap keselamatan pelajar termasuk melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan mereka di kawasan sekolah. Menurut Malaysia Gazette, Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak mungkin CCTV dapat dipasang di setiap sudut sekolah. Beliau berkata, dalam kes membabitkan pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi keutamaan terhadap keselamatan pelajar termasuk melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan mereka di kawasan sekolah.

Menurut Malaysia Gazette, Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak mungkin CCTV dapat dipasang di setiap sudut sekolah.

Beliau berkata, dalam kes membabitkan pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang ditemukan maut, kejadian berlaku di lokasi yang tidak mempunyai liputan CCTV.

“CCTV dipasang di sekolah tetapi dalam kes terakhir tidak mungkin dipasang di keseluruhan sekolah, jadi kejadian berlaku di tempat tidak dapat dirakam di CCTV.

“Walau bagaimanapun saya ucap tahniah pihak PDRM mengambil tindakan tegas dan ada yang ditangkap dan soal pendakwaan tunggu keputusan Jabatan Peguam Negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, beliau bersetuju bahawa tindakan terhadap kes-kes membabitkan keselamatan pelajar perlu diambil dengan cepat dan tegas.

“Saya setuju dalam kes-kes ini, apa jua alasan tindakan harus cepat dan tegas.

“Tetapi kita sebenarnya bicara mengenai sekolah yang begitu banyak, bilangan sekolah menengah dan rendah. Sekolah ada 10,259, murid 5,133,158 dan 428,379 guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading