theme-sticky-logo-alt
September 30, 2026
35 Views

Isu Pelarian Myanmar: “Keselamatan Rakyat Jadi Keutamaan,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya merupakan legasi berpuluh tahun yang memberi tekanan kepada Malaysia dari aspek keselamatan, sosial dan pengurusan. Menurut beliau, Kerajaan MADANI mengambil pendekatan lebih tersusun bagi menangani perkara itu menerusi penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi serta kerjasama dengan negara asal. “Isu pelarian... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya merupakan legasi berpuluh tahun yang memberi tekanan kepada Malaysia dari aspek keselamatan, sosial dan pengurusan.

Menurut beliau, Kerajaan MADANI mengambil pendekatan lebih tersusun bagi menangani perkara itu menerusi penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi serta kerjasama dengan negara asal.

“Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, hasil rundingan dengan kerajaan Myanmar menyaksikan persetujuan dicapai bagi penghantaran pulang 5,000 individu secara sukarela dan berperingkat.

Fasa pertama program berkenaan bermula semalam dengan melibatkan 1,476 warga Myanmar yang dihantar pulang selepas melalui proses yang dipersetujui kedua dua negara. Kementerian Dalam Negeri sebelum ini memaklumkan semua individu terbabit telah dikenal pasti layak dan bersetuju untuk kembali ke negara asal secara sukarela.

Operasi tersebut melibatkan tahanan daripada 14 depot imigresen di seluruh negara dan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai kementerian serta agensi, termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Anwar dalam masa sama memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan isu berkenaan ditangani secara menyeluruh dengan keselamatan serta kepentingan rakyat Malaysia terus diberikan keutamaan.

“Insya Allah saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang undang dan nilai kemanusiaan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan penghantaran pulang berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat, manakala fasa seterusnya bergantung kepada proses pengenalpastian serta dokumentasi bersama kerajaan Myanmar.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading