theme-sticky-logo-alt
September 29, 2026
50 Views

Malaysia Mula Hantar Pulang 1,500 Warga Myanmar

LUMUT: Malaysia mula melaksanakan fasa pertama penghantaran pulang kira kira 1,500 warga Myanmar hari ini, sebahagian daripada 5,000 individu yang menurut kerajaan bersetuju untuk kembali ke negara asal secara sukarela. Menurut FMT,proses berkenaan berlangsung di sekitar Stadium Majlis Perbandaran Manjung, berhampiran Pangkalan Tentera Laut Lumut, dengan puluhan bas dilihat tiba di lokasi dalam kawalan serta... Read More

LUMUT: Malaysia mula melaksanakan fasa pertama penghantaran pulang kira kira 1,500 warga Myanmar hari ini, sebahagian daripada 5,000 individu yang menurut kerajaan bersetuju untuk kembali ke negara asal secara sukarela.

Menurut FMT,proses berkenaan berlangsung di sekitar Stadium Majlis Perbandaran Manjung, berhampiran Pangkalan Tentera Laut Lumut, dengan puluhan bas dilihat tiba di lokasi dalam kawalan serta iringan polis.

Wartawan AFP yang berada di kawasan berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki lokasi proses dokumentasi dijalankan.

Kumpulan terbabit dijangka menjalani urusan dokumentasi sebelum dibawa ke pangkalan tentera laut berhampiran untuk dihantar ke Myanmar menggunakan kapal. Kementerian Dalam Negeri sebelum ini memaklumkan seramai 1,476 warga Myanmar yang layak dan bersetuju untuk pulang akan dihantar pada 29 September dalam fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela.

Setakat ini, belum dapat dipastikan berapa ramai dalam kumpulan tersebut terdiri daripada etnik Rohingya dan pihak berkuasa Malaysia tidak mendedahkan pecahan mengikut etnik.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, masyarakat Rohingya merupakan sebahagian besar daripada pelarian dan pencari suaka Myanmar yang berada di Malaysia. Penghantaran pulang berkenaan turut mencetuskan kebimbangan lebih 160 pertubuhan masyarakat sivil yang memberi amaran mengenai risiko keselamatan terhadap etnik Rohingya sekiranya mereka kembali ke Myanmar.

Kerajaan sebelum ini menegaskan proses berkenaan dilaksanakan secara sukarela, selamat dan teratur selepas rundingan dengan pihak Myanmar. Kementerian Dalam Negeri turut menyatakan kerajaan Myanmar bersetuju menerima 5,000 orang secara berperingkat, manakala kumpulan pertama terdiri daripada individu yang telah memberi persetujuan untuk pulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata rundingan dengan Myanmar perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian, dengan penghantaran pulang dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil kira aspek keselamatan serta kemanusiaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading