theme-sticky-logo-alt
October 8, 2026
42 Views

“Kerajaan Berjaya Pulih RM31.3 bilion Aset 1MDB,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan setakat ini berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM31.3 bilion. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana yang dipulihkan diuruskan melalui Akaun Amanah di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan dikhususkan bagi melunaskan obligasi serta komitmen berkaitan 1MDB. 1MDB Menurut Anwar, setakat 31... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan setakat ini berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM31.3 bilion.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana yang dipulihkan diuruskan melalui Akaun Amanah di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan dikhususkan bagi melunaskan obligasi serta komitmen berkaitan 1MDB.

1MDB

Menurut Anwar, setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, termasuk bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi.

“Sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa hadapan, Kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion,” katanya menerusi jawapan bertulis dewan rakyat

Beliau berkata, kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi memaksimumkan pemulihan baki aset 1MDB yang diseleweng.

SRC International

Berhubung SRC International Sdn Bhd, Anwar berkata kerajaan telah menanggung kira-kira RM5.35 bilion bagi memenuhi obligasi syarikat kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang berjumlah RM5.66 bilion.

Katanya, baki RM310 juta ditampung melalui sumber dalaman SRC, dengan penyelesaian terakhir obligasi berkenaan dibuat pada 28 Mac 2022.

Menurutnya, bayaran itu dibuat selepas pinjaman SRC kepada KWAP dijamin Kerajaan Persekutuan.

“Apabila SRC tidak dapat memenuhi sepenuhnya obligasi pembayarannya, Kerajaan perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penjamin bagi memastikan obligasi kepada KWAP diselesaikan,” katanya.

FELDA

Dalam isu FELDA pula, kerajaan telah meluluskan jaminan berjumlah RM9.9 bilion bagi membolehkan FELDA mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan dan pasaran modal.

Pembiayaan itu bertujuan membiayai projek dan pelaburan Kumpulan FELDA serta Pelan Pemulihan FELDA.

Daripada jumlah jaminan berkenaan, FELDA telah membuat pembiayaan yang dijamin kerajaan sebanyak RM8.92 bilion, manakala baki sukuk berjaminan kerajaan yang belum diterbitkan berjumlah RM980 juta.

Sehingga 30 September 2026, jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan ialah RM5.88 bilion selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion.

Lembaga Tabung Haji

Sementara itu, Anwar turut menyentuh isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.

Menurutnya, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati wujud proses pelaburan tidak teratur, termasuk manipulasi laporan kesesuaian pelaburan, amalan creative accounting, representasi mengelirukan dan penyembunyian maklumat.

Katanya, kerugian pelaburan sebelum 2018 dianggarkan hampir RM13 bilion.

Jumlah itu merangkumi RM10.2 bilion yang disalurkan kerajaan pada 2018 melalui UJSB, manakala RM2.6 bilion lagi merupakan rosot nilai atau kerugian bersih yang ditanggung sendiri TH antara 2018 hingga 2025 bagi pelaburan yang masih diuruskan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading