theme-sticky-logo-alt
October 8, 2026
44 Views

Isu Exco:“Kita Selesaikan Satu-Satu,”-Ismail Lasim

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim memilih untuk menyelesaikan isu pelantikan ketua kampung atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terlebih dahulu berbanding krisis pelantikan Exco kerajaan negeri. Menurut Malaysia Kini,beliau menegaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan lancar meskipun tidak dibantu 10 Exco yang pelantikannya dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ismail... Read More

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim memilih untuk menyelesaikan isu pelantikan ketua kampung atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terlebih dahulu berbanding krisis pelantikan Exco kerajaan negeri.

Menurut Malaysia Kini,beliau menegaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan lancar meskipun tidak dibantu 10 Exco yang pelantikannya dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Ismail turut berkata, JPKK memainkan peranan penting dalam memastikan keperluan serta bantuan kepada rakyat di peringkat akar umbi dapat disalurkan.

“JPKK ini, sebagaimana kita sedia maklum, mempunyai peranan yang penting untuk rakyat di peringkat bawahan kerana rakyat memerlukan macam-macam bantuan daripada JPKK,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Mengulas mengenai pelantikan Exco, Ismail berkata isu berkenaan akan diselesaikan selepas urusan pelantikan ketua kampung selesai.

“Hari ini dalam pelantikan ketua kampung semua okey, tak ada terganggu. Okey sahaja.

“Jadi, untuk Exco biarlah dulu. Sebab sekarang ini kita selesaikan satu-satu, one at a time orang kata,” katanya.

Semalam, 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar keabsahan pewartaan pembatalan pelantikan mereka.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading