theme-sticky-logo-alt
September 27, 2026
37 Views

“Penyatuan Ummah Jejaskan PH,”- Tengku Zafrul

PETALING JAYA: Naratif penyatuan ummah yang digagaskan UMNO dan Pas diakui berjaya menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya dalam kalangan pengundi Melayu. Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, formula berkenaan disifatkan sebagai tidak sihat untuk negara. Menurutnya, strategi penyatuan ummah membabitkan persefahaman antara parti-parti Melayu, sekali... Read More

PETALING JAYA: Naratif penyatuan ummah yang digagaskan UMNO dan Pas diakui berjaya menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, formula berkenaan disifatkan sebagai tidak sihat untuk negara.

Menurutnya, strategi penyatuan ummah membabitkan persefahaman antara parti-parti Melayu, sekali gus mengelakkan pertembungan kerusi dan membolehkan mereka mendominasi undi kumpulan majoriti untuk menumbangkan PH.

Beliau mengakui keberkesanan naratif itu dapat dilihat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebelum ini yang menyaksikan dominasi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, meskipun sokongan pengundi Cina terhadap PH tidak banyak terjejas, pertembungan satu lawan satu menyebabkan sebahagian undi Melayu beralih kepada parti lawan.

“Ya, betul, (penyatuan ummah) menjejaskan PH. Penyatuan Melayu selepas mereka serang DAP juga, nampaknya formula itu dalam pilihan raya baru-baru ini di Negeri Sembilan. It works (ia berhasil).

“Walaupun sokongan Cina tak terkesan sangat di Negeri Sembilan, dalam 80 peratus sokongan Cina kepada PH, tapi sokongan Melayu 20 lebih peratus, masih tinggi, tetapi apabila kita tak ada pecah tiga (pertembungan BN dan PN), itu yang impaknya (kepada PH).

“Kalau setengah-setengah kawasan itu mungkin pecah tiga, contohnya kawasan (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke (di Chennah), kalau (pertembungan) tiga penjuru dia sudah menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara menerusi Podcast PodX Utusan Malaysia.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading