theme-sticky-logo-alt
October 10, 2026
71 Views

“Apalah Bangang Sangat Ayat-Ayat Al-Quran Nak Dipermainkan, “-Akmal Saleh

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh mendesak pempengaruh media sosial,Eric See-To yang memperlekeh ayat al-Quran supaya memohon maaf secara terbuka. Beliau menyifatkan tindakan mempermainkan ayat suci al-Quran sebagai perbuatan melampau, meskipun seseorang itu mempunyai hak untuk berpolitik. Menerusi satu hantaran di media sosial, Akmal turut memaklumkan laporan polis akan dibuat berhubung... Read More

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh mendesak pempengaruh media sosial,Eric See-To yang memperlekeh ayat al-Quran supaya memohon maaf secara terbuka.

Beliau menyifatkan tindakan mempermainkan ayat suci al-Quran sebagai perbuatan melampau, meskipun seseorang itu mempunyai hak untuk berpolitik.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Akmal turut memaklumkan laporan polis akan dibuat berhubung tindakan berkenaan.

“Apalah bangang sangat ayat-ayat al-Quran nak dipermainkan.

“Kamu nak berpolitik, itu kamu punya pasal.

“Tetapi bila ayat al-Quran diperkecilkan sebegini rupa, maka ia adalah tindakan yang melampau.

“Kami desak untuk kamu mohon maaf secara terbuka dan laporan polis juga akan dibuat atas tindakan bodoh kamu ini,” katanya.

Hantaran itu turut memaparkan petikan Surah al-Hashr, ayat 18, berserta ulasan mengenai penggunaan istilah “Lighad” yang merujuk kepada hari esok.

Dalam paparan sama, Eric See-To turut memberikan komen mengenai istilah “Lighad” dan “Liwat” yang dipaparkan dalam hantaran berkenaan.

“Yang saya tengok ialah ada “Lighad”,yang saya langsung tak tahu apa itu, “

“Tapi tak ada ” Liwat ” pula, “Tambahnya

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading