theme-sticky-logo-alt
September 27, 2026
60 Views

“Di Saat Parlimen Bubar Kita Tidak Lagi Bersama Kerajaan Perpaduan,”-Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menegaskan komitmennya bersama Kerajaan Perpaduan hanya terpakai sehingga berakhirnya penggal Parlimen ke-15. Menurut Awani, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), BN tidak lagi terikat dengan kerjasama berkenaan. “The moment (di saat) Parlimen dibubarkan, kita tidak... Read More

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menegaskan komitmennya bersama Kerajaan Perpaduan hanya terpakai sehingga berakhirnya penggal Parlimen ke-15.

Menurut Awani, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), BN tidak lagi terikat dengan kerjasama berkenaan.

“The moment (di saat) Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka (Kerajaan Perpaduan),” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pendirian itu selaras dengan keputusan BN selepas PRU15 untuk menyertai Kerajaan Perpaduan dan memberikan komitmen sehingga tamat penggal semasa.

Menurutnya, dalam menghadapi landskap politik yang kompleks, BN memerlukan pendirian yang jelas sebagai panduan kepada hala tuju parti.

“Dalam keadaan kompleks, kita mahu satu kompas tetap. BN buat keputusan bersama kerajaan selepas PRU15, komitmen kita tetap berada di dalam kerajaan sehingga tamat penggal ke-15.

“Ketika Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka. Ini janji kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Penegasan itu menjelaskan tempoh komitmen BN terhadap kerjasama dalam kerajaan semasa, manakala hala tuju parti selepas pembubaran Parlimen akan memasuki fasa politik baharu menjelang PRU16.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading