theme-sticky-logo-alt
October 10, 2026
77 Views

“Jangan Sibuk Umum Kenaikan Tetapi Gagal Pastikan Kuasa Beli Rakyat Meningkat,”-Akmal Saleh

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 tidak menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan yang akhirnya membebankan rakyat. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, walaupun kenaikan gaji itu mampu memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja, kerajaan perlu turut mengambil kira nasib pekerja yang tidak menerima kenaikan... Read More

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 tidak menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan yang akhirnya membebankan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, walaupun kenaikan gaji itu mampu memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja, kerajaan perlu turut mengambil kira nasib pekerja yang tidak menerima kenaikan berkenaan.

Beliau mempersoalkan sama ada harga barang akan kekal stabil sekiranya kos pembayaran gaji meningkat, selain kemungkinan syarikat memindahkan kos tambahan itu kepada pengguna.

“Yang dapat kenaikan gaji hanya sebahagian pekerja, tetapi yang mungkin terpaksa menanggung kenaikan harga barang ialah seluruh rakyat.

“Inilah kesan domino yang kerajaan mesti fikirkan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Akmal berkata, beliau menyokong usaha meningkatkan gaji pekerja, namun pelaksanaan dasar itu tidak seharusnya menyebabkan sebahagian rakyat menanggung beban kewangan yang lebih besar.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan memantau harga barang dan perkhidmatan secara berkala serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah.

Beliau turut menekankan keperluan memperkukuh penguatkuasaan terhadap kartel, pencatutan dan manipulasi harga bagi mengelakkan kos tambahan dipindahkan sewenang-wenangnya kepada pengguna.

Dalam masa sama, katanya, bantuan bersasar perlu disalurkan kepada perusahaan mikro dan kecil yang benar-benar terkesan, termasuk menerusi insentif sementara, latihan produktiviti dan sokongan automasi.

Menurutnya, pelaksanaan gaji minimum juga perlu mengambil kira kemampuan majikan, produktiviti pekerja serta kos sara hidup mengikut negeri dan sektor, dengan pendekatan berperingkat berasaskan data.

Akmal berkata, kerajaan juga perlu memperluas peluang pekerjaan bergaji lebih baik, meningkatkan kemahiran pekerja serta melaksanakan semakan gaji yang lebih menyeluruh bagi membantu golongan yang tidak menerima kenaikan berkenaan.

Selain itu, beliau menggesa kerajaan menerbitkan laporan berkala yang telus mengenai kesan dasar itu terhadap harga barang, keuntungan syarikat, peluang pekerjaan dan kuasa beli rakyat.

“Jangan hanya sibuk mengumumkan kenaikan gaji RM300, tetapi gagal memastikan kuasa beli rakyat benar-benar meningkat.

“Kerana rakyat bukan makan angka gaji di atas kertas. Rakyat perlu membayar harga barang di dunia sebenar,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading