theme-sticky-logo-alt
September 26, 2026
51 Views

“Jangan Cuba Jatuhkan Raja, “-Anwar Ibrahim

PENDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan kononnya beliau cuba campur tangan dalam kemelut pemerintahan Negeri Sembilan. Sebaliknya, beliau menjelaskan pendirian yang diambil adalah bagi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. Menurut Anwar, beliau tidak mahu tindakan Undang di Negeri Sembilan yang didakwa mahu menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar dilakukan... Read More

PENDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan kononnya beliau cuba campur tangan dalam kemelut pemerintahan Negeri Sembilan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan pendirian yang diambil adalah bagi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Menurut Anwar, beliau tidak mahu tindakan Undang di Negeri Sembilan yang didakwa mahu menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar dilakukan dengan mudah sehingga mencetuskan krisis lebih besar terhadap institusi Raja Berperlembagaan.

Beliau berkata, pendirian tegas perlu diambil dalam soal mempertahankan Raja Melayu bagi memastikan sistem Raja Berperlembagaan terus kekal seiring dengan kuasa eksekutif.

“Saya tak setuju, tak boleh guling Raja, tak boleh. Sistem Raja berperlembagaan bukan begitu.

“Raja tak boleh disinggung, saya jika ada masalah, kalau ada tak setuju, saya mohon mengadap nyatakan pandangan.

“Tak boleh jatuhkan, Raja kalau kita boleh jatuhkan dengan mudah, sistem Raja akan pupus di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam dan Pendang Berselawat di Pondok Mujamma’ Ibn Sunni Al-Talaqqi, di sini, malam tadi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading