theme-sticky-logo-alt
October 13, 2026
52 Views

Isu Zahid: “Bila Nak Dekat PilihanRaya Sembang Konon Terpaling Hero,”-Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan tindakan pihak tertentu yang mendesak supaya 47 pertuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikaji semula sebagai hipokrit. Menerusi hantaran di Facebook, Akmal mempersoalkan sikap pihak berkenaan yang didakwanya tidak bersuara ketika Ahmad Zahid diberikan keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) tiga... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan tindakan pihak tertentu yang mendesak supaya 47 pertuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikaji semula sebagai hipokrit.

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal mempersoalkan sikap pihak berkenaan yang didakwanya tidak bersuara ketika Ahmad Zahid diberikan keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) tiga tahun lalu.

Menurutnya, desakan itu hanya dibangkitkan ketika pilihan raya semakin hampir, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai pendirian sebenar pihak terbabit.

“Tiga tahun lepas senyap langsung tidak berbunyi ketika Datuk Seri Zahid diberikan DNAA.

“Bila dah nak pilihan raya, sembang konon-konon menjadi terpaling hero,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam kenyataan sama, Akmal turut mempersoalkan sama ada pihak berkenaan akan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut membangkitkan isu dakwaan mafia korporat yang sebelum ini mendapat perhatian Pemuda DAP (DAPSY), termasuk kesediaan sayap parti itu untuk mengadakan demonstrasi bagi mendesak siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, Akmal mendakwa pihak berkenaan kini tidak lagi lantang membangkitkan isu tersebut.

“Ataupun apa cerita tentang korporat mafia? DAPSY siap buat demo desak untuk siasat, tetapi sampai ke hari ini diam seribu bahasa.

“Ke memerlukan tiga tahun lagi baru boleh bersuara?” soalnya.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan mengenai gesaan supaya Peguam Negara mengkaji semula 47 pertuduhan terhadap Ahmad Zahid.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading