theme-sticky-logo-alt
September 25, 2026
95 Views

“PH Akan Tumbang Pada PRU Ke-16,”-Mohd Amar Nik

KOTA BHARU: PAS yakin Pakatan Harapan (PH) akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan perkembangan politik semasa termasuk keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Johor dan Negeri Sembilan yang disifatkan memberi gambaran perubahan sokongan rakyat. Menurut UTUSAN, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gelombang berkenaan dijangka semakin kuat sekiranya... Read More

KOTA BHARU: PAS yakin Pakatan Harapan (PH) akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan perkembangan politik semasa termasuk keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Johor dan Negeri Sembilan yang disifatkan memberi gambaran perubahan sokongan rakyat.

Menurut UTUSAN, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gelombang berkenaan dijangka semakin kuat sekiranya perkembangan politik di Melaka berlaku seperti yang dirancang.

“Kalau di Melaka ini berjalan sepertimana kita rancang, maka gelombang tersebut semakin kuat. Malah di Pulau Pinang juga berkemungkinan bakal menyaksikan kejatuhan PH,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Ilmu, hari ini.

Mohd Amar berkata, perkembangan politik semasa perlu dilihat secara menyeluruh termasuk keputusan DAP untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, keputusan itu memberi gambaran bahawa DAP mengambil kira risiko politik sekiranya berlaku perpecahan dengan parti lain dalam PH.

“Kalau DAP keluar (PH), dia akan berbalah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah). Jadi undi-undi Melayu yang ada sedikit-sebanyak tidak berpusing kepada mereka,” katanya.

Beliau turut mendakwa satu kajian terbaharu menunjukkan DAP berdepan risiko kehilangan Pulau Pinang sekiranya senario berkenaan berlaku.

“Kesan paling besar yang kita peroleh daripada satu kajian baru-baru ini, jika situasi tersebut berlaku, DAP mungkin hilang Pulau Pinang,” katanya.

Pandangan berhubung kemungkinan PH hilang kuasa pada PRU16 serta kedudukan DAP di Pulau Pinang itu merupakan penilaian Mohd Amar dan bukan keputusan atau ramalan rasmi pilihan raya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading