theme-sticky-logo-alt
September 25, 2026
62 Views

Pembatalan Pelantikan Exco Negeri Sembilan: “Kenapa AGC Berdiam Diri?”- Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan. Dalam satu hantaran di Facebook, Ahmad Fadhli membandingkan perkara itu dengan tindakan AGC sebelum ini yang mengeluarkan pandangan berhubung dua perkembangan lain dalam kemelut pentadbiran... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ahmad Fadhli membandingkan perkara itu dengan tindakan AGC sebelum ini yang mengeluarkan pandangan berhubung dua perkembangan lain dalam kemelut pentadbiran Negeri Sembilan.

Beliau merujuk kenyataan AGC pada 17 September yang berpandangan bahawa proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Ahmad Fadhli turut merujuk pendirian AGC pada 22 September bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Dalam isu proklamasi yang ditandatan.gani MB N9, AGC cepat buat kenyataan ia tidak sah

“Dalam isu penggantungan SUK dan PKN N9, cepat juga AGC keluarkan kenyataan ia tidak sah.

“Tapi dalam isu pembatalan pelantikan Exco N9 yang lebih dahulu, kenapa AGC berdiam diri? Sah atau tidak AGC yang rajin ini perlu keluarkan juga kenyataan,”

“Ini kerana ia bakal jadi panduan di negeri-negeri lain pula. Ceplos-ceplos cepat masuk. See less,” Tambahnya.

Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan oleh Tuanku Muhriz diumumkan pada 20 September dan kemudiannya diwartakan pada 24 September. Warta berkenaan menyatakan pembatalan itu dibuat mengikut Perkara 38(5) UUTKNS 1959 dan berkuat kuasa mulai 20 September.

Menurut warta tersebut, kesemua Exco berkenaan sebelum ini telah mengangkat dan menandatangani sumpah serta ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos sebelum pelantikan mereka dibatalkan atas alasan melanggar ikrar berkenaan.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading