theme-sticky-logo-alt
September 24, 2026
53 Views

“Benarkan Exco Masuk Dan Jalan Tugas Seperti Biasa,”-Ismail Lasim

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim merayu supaya barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dibenarkan kembali memasuki pejabat masing-masing dan menjalankan tugas seperti biasa. Beliau berkata, arahan yang menghalang Exco daripada bertugas perlu dikaji semula kerana keadaan itu berpotensi menjejaskan urusan pentadbiran negeri, khususnya perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. “Saya minta sangat... Read More

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim merayu supaya barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dibenarkan kembali memasuki pejabat masing-masing dan menjalankan tugas seperti biasa.

Beliau berkata, arahan yang menghalang Exco daripada bertugas perlu dikaji semula kerana keadaan itu berpotensi menjejaskan urusan pentadbiran negeri, khususnya perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Saya minta sangat dikaji semula kali ini. Benarkan Exco masuk, benarkan mereka menjalankan tugas seperti biasa.

“Dan mesyuarat kerajaan negeri mesti diteruskan sebab ini, seperti kata saya tadi, menafikan hak rakyat. Sebab mesyuarat Exco ini banyak bincangkan soal rakyat,”

“Jika tersekat tanpa alasan yang munasabah dan tanpa perintah mahkamah dan sebagainya, ini merupakan satu penafian kepada hak rakyat,” katanya.

Ismail dalam masa sama menegaskan pendiriannya bahawa pentadbiran negeri yang ada ketika ini adalah kerajaan yang sah dan mahu terus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Sebelum ini beliau juga mempertahankan bahawa barisan Exco sedia ada masih sah dan akan meneruskan tugas masing-masing.

“Kerajaan yang ada pada hari ini, kerajaan yang ingin berbakti, berikan kejayaan rakyat dan ingin berbakti semula kepada rakyat. Jadi ini merupakan satu perkara yang beri kekangan kepada kami.

“Jadi saya harap dinilai semula arahan hari ini,”Tambahnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading