KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai tanda bantahan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Fadhli, persoalan timbul apabila hanya Loke yang menawarkan peletakan jawatan, sedangkan menteri dan timbalan menteri daripada DAP yang lain masih kekal dalam kerajaan.
“Kalau benar DAP tidak bersetuju sehingga perlu meletakkan jawatan, kenapa seorang sahaja?
“Kalau seluruh DAP masih kekal dalam kerajaan, apa signifikannya selain satu lakonan politik untuk menunjukkan kononnya mereka membantah?” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Loke yang hanya menawarkan peletakan jawatan, dengan menyatakan kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak peletakan jawatan berkenaan.
“Entah-entah PMX esok atau lusa menolak peletakan jawatan tersebut dan mohon Loke tarik balik, apa pula respon tuan badan?” katanya.








