KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang menurutnya dilihat pantas memberi reaksi terhadap dakwaan Presiden PAS berhubung kemungkinan campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam kehakiman Malaysia sebelum ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Fadhli berkata Presiden PAS mendakwa terdapat usaha oleh AS untuk mencampuri tangan dalam kehakiman Malaysia sebelum 2018.
Bagaimanapun, beliau turut mengakui Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia telah menafikan dakwaan berkenaan.
“Apa yang menghairankan kenapa tiba-tiba Pakatan Harapan melatah? Apa kepentingan mereka dalam isu ini? Kenapa tiba-tiba melatah dan buat laporan polis?”
“Adakah Presiden PAS mengaitkan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan dalam isu ini? Tidak sekali-kali,”
“Jadi, kenapa mereka melatah? Atau mereka sebenarnya yang ada kaitan?” soalnya lagi.








