theme-sticky-logo-alt
September 4, 2026
39 Views

“PAS dan UMNO Bimbang Momentum Penyatuan Ummah Semakin Menurun,”- Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa PAS dan UMNO mempunyai kepentingan untuk melihat Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Beliau memberi respon tersebut selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyokong saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar... Read More

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa PAS dan UMNO mempunyai kepentingan untuk melihat Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal.

Beliau memberi respon tersebut selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyokong saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar PRU16 dipercepatkan bagi mendapatkan mandat baharu, berikutan keadaan politik semasa yang didakwa tidak stabil.

Menurut Puad, PAS dan UMNO didakwa tidak sabar untuk kembali menguasai Putrajaya serta bimbang hubungan kedua-dua parti itu berdepan situasi anti-klimaks sekiranya pilihan raya ditangguhkan terlalu lama.

“Kedua-dua parti khuatir momentum politik penyatuan ummah yang sedang memuncak ketika ini akan semakin menurun,”

“PAS dan UMNO juga mungkin bimbang sekiranya berlaku skandal baharu yang boleh menjejaskan imej serta keyakinan rakyat terhadap mereka,” Katanya.

Beliau turut merujuk beberapa isu sebelum ini termasuk prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji, isu lesen judi di Kedah serta kerugian FELDA sebagai perkara yang didakwanya menyebabkan kedua-dua parti itu berada dalam keadaan defensif.

Puad seterusnya mendakwa Ahmad Zahid khususnya mahu PRU16 diadakan segera, selain menyifatkan perkara itu sebagai satu ujian terakhir kepada Presiden UMNO berkenaan. Beliau turut mempersoalkan kemungkinan wujud penolakan pada saat akhir kerana PAS juga didakwa mempunyai cita-cita terhadap jawatan Perdana Menteri.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading