theme-sticky-logo-alt
September 3, 2026
52 Views

“Tidak Masuk Akal Jika 200,000 Pekerja Diambil Dalam Tempoh Enam Bulan,”-R Ramanan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan laporan bahawa Malaysia telah bersetuju untuk mengambil kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pengambilan pekerja asing di negara ini ditentukan berdasarkan keperluan sebenar industri dan sektor, selain tertakluk kepada siling yang ditetapkan Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan laporan bahawa Malaysia telah bersetuju untuk mengambil kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pengambilan pekerja asing di negara ini ditentukan berdasarkan keperluan sebenar industri dan sektor, selain tertakluk kepada siling yang ditetapkan Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menurut beliau, perkara itu hanya akan dinilai dan dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri sekiranya terdapat keperluan sebenar terhadap tenaga kerja asing.

“Hanya apabila terdapat keperluan sebenar, perkara itu akan dinilai dan dibincangkan oleh Kabinet,”

“Tidak masuk akal jika 200,000 pekerja akan diambil dalam tempoh enam bulan. Adakah itu bermakna lebih 1,000 rakyat Bangladesh perlu memasuki Malaysia setiap hari. Ia langsung tidak logik,” katanya ketika dihubungi buletin tv3 hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading