theme-sticky-logo-alt
August 27, 2026
136 Views

“Berhenti Salahkan Perdana Menteri,”-Tunku Nashrul Abaidah

ALOR SETAR: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya berhenti menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu lesen premis perjudian di negeri itu. Pengarah Komunikasi MPN Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, tindakan mengaitkan Perdana Menteri dengan keputusan mahkamah berhubung isu berkenaan adalah... Read More

ALOR SETAR: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya berhenti menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu lesen premis perjudian di negeri itu.

Pengarah Komunikasi MPN Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, tindakan mengaitkan Perdana Menteri dengan keputusan mahkamah berhubung isu berkenaan adalah tidak berasas kerana kes tersebut diputuskan secara bebas oleh badan kehakiman.

Menurut AWANI, tindakan pentadbiran kerajaan negeri yang membatalkan lesen premis perjudian sebelum ini telah dicabar oleh pihak pengendali sebelum mahkamah memutuskan bahawa tindakan tersebut melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri. Permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan itu juga ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

“Kes ini berpunca daripada keputusan pentadbiran Sanusi sendiri, dicabar oleh pihak pengendali dan diputuskan secara bebas oleh badan kehakiman.

“Perdana Menteri tidak terlibat dalam menentukan keputusan mahkamah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tunku Nashrul berkata, Malaysia mengamalkan prinsip pemisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, justeru keputusan mahkamah tidak sewajarnya dijadikan modal politik untuk menyerang mana-mana pihak.

Beliau turut mendakwa PAS mempunyai rekod yang bercanggah dalam isu perjudian apabila pentadbiran Perikatan Nasional yang disertai parti itu sebelum ini meningkatkan jumlah cabutan khas perjudian daripada lapan kepada 22 kali setahun, manakala kerajaan pimpinan Anwar mengurangkannya semula kepada lapan kali setahun.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading