theme-sticky-logo-alt
August 27, 2026
94 Views

“Jangan Boikot Hari Kebangsaan Kerana Isu Rohingya,”-Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak seharusnya memboikot sambutan Hari Kebangsaan hanya kerana sentimen berkaitan isu Rohingya, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurut Harian Metro, sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tidak wajar dikaitkan dengan emosi atau rasa tidak puas hati terhadap isu tertentu yang berlaku dalam negara. “Malaysia adalah tanah tempat tumpah darah... Read More

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak seharusnya memboikot sambutan Hari Kebangsaan hanya kerana sentimen berkaitan isu Rohingya, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Harian Metro, sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tidak wajar dikaitkan dengan emosi atau rasa tidak puas hati terhadap isu tertentu yang berlaku dalam negara.

“Malaysia adalah tanah tempat tumpah darah kita. Malaysia adalah rumah kita. Rasmi tuan rumah, kita tidak akan berhenti menjaga dan menghiasi rumah hanya kerana tidak bersetuju dengan kehadiran pihak yang tidak kita undang.

“Jadi, janganlah lepaskan peluang menzahirkan rasa kasih dan sayang pada tanah air hanya kerana kita tidak berpuas hati dengan sesetengah isu yang melanda negara kita,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, sambutan Bulan Kebangsaan sebaliknya perlu dijadikan ruang untuk memperkukuh rasa cinta dan semangat patriotisme terhadap negara.

Beliau berkata semangat patriotisme yang kuat juga mampu menjadi mesej jelas kepada pihak di dalam dan luar negara bahawa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan tanah air dijadikan medan politik serta polemik mana-mana pihak.

“Setidak-tidaknya, patriotisme yang membara akan menjadi satu petunjuk kepada semua pihak di dalam dan luar negara, bahawa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan tanah airnya menjadi medan politik dan polemik mana-mana pihak,”. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Wisma Pertahanan, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading