theme-sticky-logo-alt
August 19, 2026
270 Views

“Lebih Bermaruah Akmal Letak Jawatan Seperti Mana Rafizi, Nik Nazmi Dan Wong Chen,”- Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR: Bekas ADUN Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang menyatakan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Menerusi hantaran di Facebook, Puad berkata beliau tidak melihat isu berkenaan sebagai soal prinsip seperti... Read More

KUALA LUMPUR: Bekas ADUN Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang menyatakan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di Facebook, Puad berkata beliau tidak melihat isu berkenaan sebagai soal prinsip seperti yang ditegaskan Akmal, malah berpandangan tindakan itu perlu dilihat dalam konteks kedudukan BN yang masih berada dalam Kerajaan Perpaduan bersama DAP.

“Kalau berprinsip Akmal dari awal lagi tidak akan membenarkan DAP duduk dalam kerajaan negeri Melaka. DAP nampak lebih berprinsip kerana parti itu keluar lebih awal dari kerajaan Melaka,” katanya.

Puad turut berkata Akmal tidak boleh melihat soal prinsip secara terpisah kerana BN masih bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, sekiranya mahu lebih berprinsip, Akmal boleh membawa usul pada Perhimpunan Agung UMNO September ini supaya parti itu keluar daripada kerajaan.

“Lebih bermaruah Akmal letak jawatan ADUN seperti mana Rafizi, Nik Nazmi dan Wong Chen letak jawatan ahli parlimen. Itu baru betul berprinsip,” katanya.

Puad dalam hantaran sama turut mempersoalkan sama ada pendirian Akmal untuk tidak bertanding pada PRN Melaka sekiranya BN dan PH bekerjasama benar-benar mencerminkan prinsip yang tidak boleh dikompromi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading