theme-sticky-logo-alt
September 1, 2026
30 Views

UNHCR Tidak Terlibat Dalam Proses Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar

KUALA LUMPUR – Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menegaskan ia tidak terlibat dalam rancangan Malaysia untuk menghantar pulang pelarian Myanmar, sambil menegaskan keadaan di negara itu masih belum selamat untuk proses kepulangan dilaksanakan. Menurut Sinar Harian, sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela telah dimuktamadkan, melibatkan 1,476... Read More

KUALA LUMPUR – Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menegaskan ia tidak terlibat dalam rancangan Malaysia untuk menghantar pulang pelarian Myanmar, sambil menegaskan keadaan di negara itu masih belum selamat untuk proses kepulangan dilaksanakan.

Menurut Sinar Harian, sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela telah dimuktamadkan, melibatkan 1,476 pelarian yang dijadualkan pulang ke Myanmar pada 29 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebelum ini memaklumkan bahawa Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya, ketika isu kehadiran komuniti itu terus menjadi perhatian dan mencetuskan ketegangan dalam sesetengah kawasan.

Bagaimanapun, UNHCR menegaskan konflik bersenjata serta keganasan yang masih berterusan di Myanmar menyebabkan syarat untuk kepulangan secara sukarela yang selamat, bermaruah dan mampan belum dapat dipenuhi.

Dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel kepada Reuters pada Selasa, UNHCR berkata undang-undang antarabangsa melarang mana-mana individu dihantar pulang ke negara yang boleh mengancam hak atau kebebasan mereka.

Menurut agensi itu, sebarang proses penghantaran pulang pelarian perlu dibuat secara sukarela, berdasarkan keputusan yang dimaklumkan sepenuhnya oleh pelarian terbabit serta dilaksanakan dalam keadaan yang selamat dan bermaruah.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading