theme-sticky-logo-alt
September 1, 2026
23 Views

“Penyertaan Acara Sedemikian Tidak Pernah Dapat Sokongan,”- Hasan Zulkifli

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender yang berlangsung pada 22 hingga 30 Ogos di Bangkok, Thailand. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej negara di persada antarabangsa, malah bertentangan secara... Read More

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender yang berlangsung pada 22 hingga 30 Ogos di Bangkok, Thailand.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej negara di persada antarabangsa, malah bertentangan secara nyata dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, perbuatan menyerupai jantina berlawanan atau tasyabbuh serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram di sisi hukum syarak dan dilarang di bawah perundangan syariah di negeri-negeri.

“Penganjuran atau penyertaan dalam acara sedemikian tidak pernah mendapat sebarang sokongan, kebenaran, atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama mahupun Kerajaan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media pada 1 September.

Sehubungan itu, masyarakat dianjurkan supaya tidak mensensasikan atau mengagung-agungkan perkara yang menyalahi syariat, sebaliknya bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah.

Jelasnya, pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan berasaskan perundangan yang sedia ada.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading