theme-sticky-logo-alt
August 18, 2026
111 Views

“Jika BN-PH Di Melaka Saya Tidak Akan Bertanding,”- Akmal Saleh

MELAKA: Ketua Pemuda UMNO,  Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan bertanding sekiranya kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diteruskan di Melaka. Beliau berkata, pendirian itu kekal seperti yang pernah dinyatakannya ketika tampil dalam podcast Keluar Sekejap (KS), dengan memilih untuk mempertahankan prinsip berbanding kedudukan sebagai wakil rakyat. “Saya ulang pendirian saya semasa... Read More

MELAKA: Ketua Pemuda UMNO,  Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan bertanding sekiranya kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diteruskan di Melaka.

Beliau berkata, pendirian itu kekal seperti yang pernah dinyatakannya ketika tampil dalam podcast Keluar Sekejap (KS), dengan memilih untuk mempertahankan prinsip berbanding kedudukan sebagai wakil rakyat.

“Saya ulang pendirian saya semasa dalam podcast KS iaitu jika BN-PH di Melaka, saya tidak akan bertanding sebab saya lebih rela pertahankan prinsip saya dari sebuah jawatan wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Akmal turut menyindir pihak yang sebelum ini didakwa menuduh UMNO sebagai sebuah parti yang bermuka-muka dan menikam rakan, namun pada masa sama masih mencari parti itu.

“Kata UMNO bermuka-muka, kata UMNO tikam kawan, tapi UMNO juga yang dicari,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kekuatan UMNO dan BN dengan membawa mesej untuk mengulangi momentum politik yang dicapai di Johor dan Negeri Sembilan.

“Insya-Allah Melaka kita birukan seperti Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading