theme-sticky-logo-alt
July 9, 2026
121 Views

“Yang Penting Kuasa Politik Melayu Islam Bukan Islam Tak Ekstrem,”-Abdul Hadi Awang

MUAR – Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, bersedia menjalinkan kerjasama dengan UMNO termasuk menyumbang kerusi sekiranya parti itu gagal memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PN juga tidak mempunyai masalah untuk menyokong UMNO menerajui pentadbiran negeri, termasuk membolehkan... Read More

MUAR – Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, bersedia menjalinkan kerjasama dengan UMNO termasuk menyumbang kerusi sekiranya parti itu gagal memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PN juga tidak mempunyai masalah untuk menyokong UMNO menerajui pentadbiran negeri, termasuk membolehkan parti itu mengisi jawatan Menteri Besar dan membentuk barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Menurut Berita Harian, sekiranya UMNO memperoleh kemenangan, parti itu bebas menentukan kepimpinan kerajaan negeri.

“Kalau UMNO menang, UMNO jadi Menteri Besar. Suka hati UMNO nak lantik EXCO orang dia atau siapa.

“Jika ada kelemahan (UMNO tidak memiliki majoriti), PAS boleh tampung kelemahan itu bergantung kepada kerusi yang kita menang, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan simple majoriti (majoriti mudah).

“Kalau nak majoriti dua pertiga, kalau PAS cukup kerusi, cukup jumlah, PAS boleh tampung. Atau pun tak cukup majoriti, PAS boleh tampung. Yang penting kuasa politik Melayu Islam dan bukan Islam tak ekstrem.

“Kalau dia (UMNO) sudah cukup jumlah, tak jadi masalah,” katanya Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Grand Finale PRN Johor di Simpang Jeram, Bakri, di sini, malam tadi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading