theme-sticky-logo-alt
July 9, 2026
98 Views

“Jangan Buli Seorang Wanita Demi Kepentingan Politik,”- RS Thanenthiran

JOHOR BAHRU — Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran menggesa Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming, meletakkan jawatan sekiranya benar mempunyai maruah dan bersedia bertanggungjawab susulan dakwaan menggunakan imej Datin Seri Rosmah Mansor dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut Malaysia Gazette, tindakan yang dilakukan Menteri Persekutuan itu disifatkan melampaui batas... Read More

JOHOR BAHRU — Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran menggesa Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming, meletakkan jawatan sekiranya benar mempunyai maruah dan bersedia bertanggungjawab susulan dakwaan menggunakan imej Datin Seri Rosmah Mansor dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Malaysia Gazette, tindakan yang dilakukan Menteri Persekutuan itu disifatkan melampaui batas dan tidak mencerminkan sikap seorang pemimpin.

“Saya fikir sebagai seseorang yang berjawatan menteri, Kor Ming sudah melampaui batas.

“Amat memalukan apabila seorang menteri sanggup memperlekeh dan mengaibkan seorang wanita semata-mata untuk kepentingan politik. Sampai bila DAP hendak terdesak tarik pengundi seperti ini?

“Seorang pemimpin perlu berpolitik secara berhemah dan berdebat berdasarkan dasar serta idea, bukannya menyerang atau mempersendakan individu, lebih-lebih lagi seorang wanita.

“Kalau benar beliau mempunyai maruah dan sifat seorang gentleman, beliau sepatutnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Jangan menjadi pembuli terhadap wanita demi kepentingan politik. Malulah sedikit,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading