theme-sticky-logo-alt
July 9, 2026
111 Views

Kes 1MDB:”Kerajaan Perlu Tanggung Hutang Sebanyak RM 51 Billion,”- Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR — Kerajaan masih perlu menanggung liabiliti melebihi RM20 bilion berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya tiada lagi aset atau dana berjaya dipulihkan, meskipun sehingga kini telah membayar RM42.5 bilion bagi melunaskan hutang dan komitmen syarikat itu. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata jumlah pembayaran yang begitu besar menggambarkan skala penyelewengan dalam... Read More

KUALA LUMPUR — Kerajaan masih perlu menanggung liabiliti melebihi RM20 bilion berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya tiada lagi aset atau dana berjaya dipulihkan, meskipun sehingga kini telah membayar RM42.5 bilion bagi melunaskan hutang dan komitmen syarikat itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata jumlah pembayaran yang begitu besar menggambarkan skala penyelewengan dalam skandal berkenaan, dengan beban kewangan akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, keseluruhan dana yang diseleweng daripada 1MDB, yang ditubuhkan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dianggarkan berjumlah RM51 bilion.

Sehingga 30 Jun 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion, merangkumi bayaran pokok hutang, faedah, kos guaman, kos operasi serta komitmen lain berkaitan 1MDB.

“Selain itu, kerajaan masih bertanggungjawab menanggung Sukuk Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dijamin kerajaan berjumlah RM8.9 bilion,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, jumlah tersebut merangkumi RM5 bilion bayaran pokok dan RM3.9 bilion faedah yang akan matang pada tahun 2039.

“Ini bermakna keseluruhan liabiliti 1MDB yang telah dan masih perlu ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM51.4 bilion,” katanya.

Menurut Liew, sehingga kini kerajaan berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion daripada dana yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

“Jika tiada lagi pemulihan dana pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki liabiliti sebanyak RM20.1 bilion daripada keseluruhan obligasi tersebut,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading