theme-sticky-logo-alt
July 8, 2026
52 Views

Sultan Selangor Tidak Perkenan Solat Jumaat Di Surau Pusat Beli-Belah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak memperkenankan mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di negeri itu diberikan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin, berkata ketetapan itu dibuat selaras dengan kuasa prerogatif baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor dalam menentukan hal ehwal pentadbiran agama Islam, termasuk... Read More

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak memperkenankan mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di negeri itu diberikan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin, berkata ketetapan itu dibuat selaras dengan kuasa prerogatif baginda sebagai Ketua Agama Islam Selangor dalam menentukan hal ehwal pentadbiran agama Islam, termasuk pemberian kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau atau musolla.

Menurutnya, walaupun MAIS menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan surau solat Jumaat di pusat beli-belah di seluruh negara, pelaksanaannya di Selangor tertakluk kepada peruntukan undang-undang negeri.

“MAIS mengambil maklum pendirian Kerajaan Persekutuan melalui kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berhubung cadangan mewujudkan surau solat Jumaat di pusat beli-belah di seluruh negara.

“Bagaimanapun, penubuhan masjid dan surau serta penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid, surau atau musolla tertakluk kepada kebenaran bertulis MAIS mengikut Seksyen 97 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Sehubungan itu, MAIS dimaklumkan bahawa buat masa ini baginda Sultan tidak memberi perkenan untuk mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di Selangor diberi kebenaran mendirikan solat Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- Berita Harian Online

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading