theme-sticky-logo-alt
August 29, 2026
72 Views

“Saya Anak Pemimpin Politik Tapi Bukan Bermakna Ada Hak Automatik Ke Parlimen, ” – Nurulhidayah

KUALA LUMPUR: Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan beliau mahu dikenali berdasarkan kemampuan dan hasil kerja sendiri, bukan sekadar dibayangi nama bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Nurulhidayah, beliau pernah menjelaskan perkara itu kepada Utusan pada 2024, selain menegaskan jawatan Exco Wanita UMNO yang disandangnya diperoleh melalui pertandingan dan bukannya pelantikan. Katanya,... Read More

KUALA LUMPUR: Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan beliau mahu dikenali berdasarkan kemampuan dan hasil kerja sendiri, bukan sekadar dibayangi nama bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Nurulhidayah, beliau pernah menjelaskan perkara itu kepada Utusan pada 2024, selain menegaskan jawatan Exco Wanita UMNO yang disandangnya diperoleh melalui pertandingan dan bukannya pelantikan.

Katanya, meskipun tajuk mengenai perkara itu mungkin kedengaran keras, prinsip di sebaliknya cukup mudah.

“Saya anak kepada seorang pemimpin politik, tetapi itu tidak bermakna saya mempunyai hak automatik terhadap mana-mana kerusi di Parlimen.

“Nama keluarga mungkin membuka ruang untuk orang mengenali kita, tetapi kepercayaan rakyat tidak boleh diwarisi, tetapi ia mesti diusahakan,” katanya.

Nurulhidayah berkata, beliau menghormati pendirian bapanya dan tidak perlu berlumba untuk berada di ruang atau dewan Parlimen yang sama selagi Ahmad Zahid masih berada di Parlimen.

“Politik bukan hanya tentang menjadi Ahli Parlimen. DUN juga medan berkhidmat. NGO juga medan berkhidmat. Parti juga medan berkhidmat.

“Yang penting ialah kerja dan khidmat secara konsisten,” katanya.

“Kalau diberikan peluang, biarlah kerana saya layak, kerana saya sememangnya suka bekerja dan diterima rakyat bukan semata-mata kerana saya anak kepada siapa,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading