theme-sticky-logo-alt
July 7, 2026
11 Views

Cristiano Ronaldo: Ikon Yang Mengubah Wajah Bola Sepak Portugal

Tangisan di penghujung wisel penamat di Dallas menjadi noktah kepada sebuah lagi perjalanan Portugal dalam edisi piala dunia Kali ini. Kekalahan 0-1 kepada Sepanyol dalam pusingan 16 terbaik bukan sekadar menamatkan kempen Portugal, malah menutup tirai penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Piala Dunia. Ronaldo sendiri mengesahkan bahawa edisi 2026 merupakan Piala Dunia terakhirnya. Apabila... Read More

Tangisan di penghujung wisel penamat di Dallas menjadi noktah kepada sebuah lagi perjalanan Portugal dalam edisi piala dunia Kali ini. Kekalahan 0-1 kepada Sepanyol dalam pusingan 16 terbaik bukan sekadar menamatkan kempen Portugal, malah menutup tirai penampilan terakhir Cristiano Ronaldo di pentas Piala Dunia. Ronaldo sendiri mengesahkan bahawa edisi 2026 merupakan Piala Dunia terakhirnya.

Apabila Ronaldo melakukan penampilan sulung bersama Portugal pada Ogos 2003, negaranya masih dikenali sebagai pasukan berbakat tetapi sering gagal memenuhi ekspetasi. Dua dekad kemudian, beliau meninggalkan skuad kebangsaan sebagai pemain yang mengangkat Portugal menjadi antara kuasa utama bola sepak dunia.

Sepanjang karier antarabangsa, Ronaldo terus memecahkan rekod demi rekod hingga beliau muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal, pemain paling banyak penampilan , serta menjadi individu pertama menjaringkan gol untuk Portugal dalam enam edisi Piala Dunia.

Namun, ukuran sebenar legasinya bukanlah pada angka semata-mata.

Kemuncak karier Ronaldo hadir pada 2016 apabila beliau mengetuai Portugal muncul juara Eropah buat kali pertama menerusi kejayaan di Euro 2016. Walaupun terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada perlawanan akhir, semangat dan kepimpinannya di tepi padang menjadi simbol kebangkitan sebuah negara. Kejayaan itu menghapuskan kekecewaan tewas di final Euro 2004 di laman sendiri.

Beliau kemudian menambah koleksi kejuaraan antarabangsa menerusi UEFA Nations League 2019 sebelum sekali lagi membantu Portugal menjuarai kejohanan itu pada 2025, menjadikan tiga trofi utama sebagai hadiah buat negaranya.

Di pentas Piala Dunia, trofi yang paling diidamkan akhirnya tidak pernah menjadi miliknya. Enam penyertaan dari 2006 hingga 2026 menyaksikan Ronaldo berulang kali mencuba, namun pencapaian terbaik hanyalah tempat keempat pada edisi 2006. Meskipun impian menjulang Piala Dunia tidak kesampaian, beliau tetap meninggalkan pentas itu sebagai antara pemain paling berpengaruh dalam sejarah kejohanan.

Lebih besar daripada segala rekod ialah inspirasi yang ditinggalkannya. Ronaldo membuktikan bahawa seorang pemain dari sebuah negara kecil mampu berdiri sama tinggi dengan legenda-legenda dunia melalui disiplin, kerja keras dan mentaliti luar biasa.

Seperti biasa penulis akan mengimbau momen ikonik dari legenda yang berasal dari Madeira ini. Salah satu persembahan individu terbaik Ronaldo bersama Portugal ialah ketika perlawanan Piala Dunia 2018 menentang Sepanyol, Ronaldo menjaringkan hat-trick termasuk sepakan percuma yang memukau penjaga gol La Roja David De Gea, pada minit akhir untuk memastikan Portugal membawa satu mata berharga dalam perlawanan yang berkesudahan seri 3-3.

Tidak lupa juga hat-trick ketika menentang Sweden dalam aksi playoff kelayakan piala dunia 2014, Lebih mengagumkan, Ronaldo menjaringkan kesemua empat gol Portugal dalam dua perlawanan play-off itu. Persembahan tersebut dianggap antara aksi individu terbaik dalam sejarah kelayakan Piala Dunia kerana beliau hampir bersendirian memastikan Portugal tidak terlepas tiket ke Brazil.

Kini, era Cristiano Ronaldo bersama Portugal hampir melabuhkan tirainya. Trofi Piala Dunia mungkin tidak pernah singgah dalam dakapannya, tetapi beliau telah menghadiahkan sesuatu yang lebih besar kepada negaranya – keyakinan bahawa Portugal mampu berdiri di pentas tertinggi bola sepak dunia.

Cristiano Ronaldo pergi tanpa Piala Dunia. Namun beliau meninggalkan Portugal sebuah legasi yang akan terus dikenang sepanjang zaman.

“Jangan Menangis Kerana Ia Berakhir,Tersenyumlah Kerana Ia Pernah Berlaku,”- Dr.Seuss

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading