theme-sticky-logo-alt
July 8, 2026
54 Views

“Kehadiran Anwar Bantu PH Terima Sambutan Menggalakkan,”- Fahmi Fadzil

JOHOR BAHRU — Pakatan Harapan (PH) menyifatkan kehadiran Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata beliau menyaksikan sendiri reaksi tersebut ketika mengiringi Perdana Menteri menghadiri dua program kempen di Senggarang dan Semerah, Batu Pahat, baru-baru ini. Menurut... Read More

JOHOR BAHRU — Pakatan Harapan (PH) menyifatkan kehadiran Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata beliau menyaksikan sendiri reaksi tersebut ketika mengiringi Perdana Menteri menghadiri dua program kempen di Senggarang dan Semerah, Batu Pahat, baru-baru ini.

Menurut BERNAMA, antara detik yang menarik perhatian ialah apabila seorang warga emas mengayuh beca sambil membawa isterinya semata-mata untuk bertemu Anwar.

“Saya lihat reaksi masyarakat, malah ada juga reaksi spontan. Di Senggarang, ada seorang warga emas mengayuh beca sambil membawa isterinya semata-mata untuk bertemu dengan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena PRN Johor di Johor Bahru, hari ini.

Fahmi, yang juga Pengarah Komunikasi PH dan Ketua Penerangan PKR, berkata sambutan itu mencerminkan minat serta penerimaan masyarakat terhadap naratif kempen yang dibawa gabungan berkenaan.

“Memang kita lihat ramai yang menunggu, menanti dan ingin bertemu. Kita percaya keadaan ini akan dapat diterjemahkan sama ada dari segi sokongan ataupun setidak-tidaknya minat terhadap apa yang sedang berlaku iaitu PRN,” katanya.

Pada Sabtu dan Ahad lalu, Anwar menghadiri 15 program di seluruh Johor bagi memperhebat kempen PH serta memberi sokongan kepada calon dan jentera parti.

Dalam PRN Johor kali ini, PH mempertaruhkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi DUN, dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini, manakala pengundian awal berlangsung hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading