theme-sticky-logo-alt
July 8, 2026
30 Views

“Kerajaan Terbuka Tubuh RCI,”- Azalina Othman

KUALA LUMPUR: Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau mekanisme lain yang bersesuaian sekiranya terdapat keperluan demi kepentingan awam, termasuk berkaitan dakwaan mafia korporat yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau mekanisme lain yang bersesuaian sekiranya terdapat keperluan demi kepentingan awam, termasuk berkaitan dakwaan mafia korporat yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebarang keputusan berhubung penubuhan RCI bagaimanapun hanya akan dibuat berdasarkan fakta, dapatan serta perkembangan semasa daripada siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Menurut Awani, kerajaan memandang serius setiap dakwaan berkaitan isu mafia korporat yang boleh memberi kesan terhadap integriti dan keyakinan rakyat terhadap institusi awam.

“Pada masa ini, siasatan pihak berkuasa sedang dijalankan bagi meneliti segala dakwaan serta mendapatkan fakta yang lengkap dan sahih.

“Oleh itu, adalah penting supaya proses siasatan ini diberikan ruang dan peluang sewajarnya untuk dilaksanakan secara bebas, telus dan menyeluruh mengikut lunas undang-undang serta prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta penjelasan mengapa RCI tidak ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham Azam yang didakwa melebihi had dibenarkan bagi pegawai awam, selain dakwaan kewujudan mafia korporat dalam SPRM.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading