England melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan tuan rumah Mexico 3-2 dalam aksi pusingan 16 terbaik yang berlangsung di Stadium Azteca, Mexico City, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Thomas Tuchel meneruskan cabaran ke kelompok lapan terbaik, meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua selepas Jarell Quansah dilayangkan kad merah.
Jude Bellingham muncul watak utama England apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 98 saat untuk meletakkan pasukannya di hadapan, sebelum Harry Kane menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti. Mexico pula merapatkan kedudukan hasil jaringan Julián Quiñones dan Raúl Jiménez, namun gagal mencari gol penyamaan sehingga wisel penamat.
Perlawanan itu turut bermula lewat sejam berikutan ribut petir di sekitar Stadium Azteca sebelum FIFA memberi lampu hijau untuk sepak mula diteruskan.
England dijadualkan bertemu Norway pada aksi suku akhir bagi merebut tempat ke separuh akhir Piala Dunia 2026.








