theme-sticky-logo-alt
June 28, 2026
97 Views

“PH Parti Semua Kaum,”-Md Ysahrudin Kusni

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni, berkata beliau tidak gentar dengan keyakinan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa lebih dekat dengan pengundi Cina di kawasan itu. Bekas ADUN Bukit Naning itu berkata, rekod perjuangan PH selama ini membuktikan gabungan berkenaan konsisten membela semua kaum tanpa mengira latar belakang. Menurut Malaysia... Read More

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni, berkata beliau tidak gentar dengan keyakinan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa lebih dekat dengan pengundi Cina di kawasan itu.

Bekas ADUN Bukit Naning itu berkata, rekod perjuangan PH selama ini membuktikan gabungan berkenaan konsisten membela semua kaum tanpa mengira latar belakang.

Menurut Malaysia Gazette, pendekatan PH sentiasa bersifat inklusif dengan memastikan setiap dasar dan bantuan kerajaan dapat dinikmati rakyat yang layak, tanpa mengira bangsa.

Beliau berkata, dakwaan PN yang mahu memberi tumpuan kepada 38 peratus pengundi Cina di kawasan Bukit Naning tidak mengubah hakikat bahawa rakyat akan menilai rekod sebenar sesebuah gabungan dalam memperjuangkan kepentingan semua kaum.

“Saya tidak fikir PN mampu membela masyarakat Cina kerana kita tahu komposisi parti-parti dalam gabungan itu sendiri lebih tertumpu kepada satu kaum sahaja.

“Jadi untuk kaum Cina ini, dia kena ada satu tempat untuk bernaung dan parti yang benar-benar membela semua rakyat tanpa mengira kaum termasuk Melayu, Cina dan India ini adalah Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette semasa kempen bertemu pengundi di Warong Rahim Port Ngeteh, Ayer Hitam, Muar, hari ini.

Md Ysahrudin pernah memenangi kerusi DUN Bukit Naning pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading