theme-sticky-logo-alt
June 28, 2026
82 Views

“PH Perlu Tunaikan Janji Terlebih Dahulu,” -Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU — Pakatan Harapan (PH) disaran menunaikan terlebih dahulu janji-janji yang pernah dibuat kepada rakyat Johor sebelum mengemukakan manifesto baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata mengumumkan manifesto adalah lebih mudah berbanding melaksanakan setiap janji yang ditawarkan kepada rakyat. Menurut Sinar Harian, pelaksanaan... Read More

JOHOR BAHRU — Pakatan Harapan (PH) disaran menunaikan terlebih dahulu janji-janji yang pernah dibuat kepada rakyat Johor sebelum mengemukakan manifesto baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata mengumumkan manifesto adalah lebih mudah berbanding melaksanakan setiap janji yang ditawarkan kepada rakyat.

Menurut Sinar Harian, pelaksanaan manifesto menjadi ukuran keikhlasan sesebuah kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau turut mendakwa isu di Hospital Pasir Gudang (HPG), khususnya berkaitan kekurangan doktor, jururawat dan kakitangan, masih belum diselesaikan walaupun kerajaan sebelum ini menyasarkan ia mencapai 100 peratus menjelang Jun tahun ini.

“Hospital Pasir Gudang, dari segi doktor, jururawat dan penjawat di situ, mereka kata nak pastikan capai 100 peratus selesai Jun tahun ini, tetapi sampai hari ini tidak selesai.

“Saya rasa untuk mereka nak menjanjikan sesuatu itu, orang dah tak percaya,” katanya ketika Program Ramah Mesra bersama Penduduk Pangsapuri Bukit Saujana di Johor Bahru, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading