theme-sticky-logo-alt
June 26, 2026
25 Views

“Perpecahan PAS Dan Bersatu Bukan Kerana Strategi Pilihan Raya,”-Abdul Hadi Awang

PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menolak dakwaan bahawa perpecahan politik antara PAS dan Bersatu hanyalah taktik untuk meningkatkan peluang Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya. Menurut Utusan,Hadi berkata, jentera setiap parti kini bergerak secara berasingan memandangkan Bersatu bertegas untuk bertanding menggunakan simbol PN. “Kita tetap dengan simbol, yang Bersatu saya tidak tahu strategi... Read More
PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menolak dakwaan bahawa perpecahan politik antara PAS dan Bersatu hanyalah taktik untuk meningkatkan peluang Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya.

Menurut Utusan,Hadi berkata, jentera setiap parti kini bergerak secara berasingan memandangkan Bersatu bertegas untuk bertanding menggunakan simbol PN.

“Kita tetap dengan simbol, yang Bersatu saya tidak tahu strategi atau tidak. Mungkin strategi dia sendiri tetapi insya-Allah orang PAS akan bekerja,” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila, Marang.

Hadi mengulas dakwaan bahawa kedua-dua parti itu hanya berpura-pura berpecah dan akhirnya akan memulihkan hubungan bagi memperkukuh peluang PN dalam pilihan raya.

PAS sebelum ini menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada 8 Jun.

Susulan itu, Bersatu berikrar akan menentang PAS habis-habisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, namun menegaskan kekal bertanding di bawah PN.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading