theme-sticky-logo-alt
June 26, 2026
56 Views

“Anwar Raih Kadar Sokongan Tertinggi,”- Merdeka Center

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencatat penarafan positif apabila meraih kadar sokongan tertinggi, iaitu 52 peratus berbanding pemimpin politik lain, menurut tinjauan terbaharu Merdeka Center. Tinjauan yang dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April tahun ini turut mendapati 42 peratus pengundi Malaysia masih percaya negara berada pada landasan yang betul. Merdeka... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencatat penarafan positif apabila meraih kadar sokongan tertinggi, iaitu 52 peratus berbanding pemimpin politik lain, menurut tinjauan terbaharu Merdeka Center.

Tinjauan yang dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April tahun ini turut mendapati 42 peratus pengundi Malaysia masih percaya negara berada pada landasan yang betul.

Merdeka Center berkata sentimen itu dicatat meskipun negara berdepan ketidaktentuan antarabangsa yang semakin meningkat serta cabaran ekonomi.

Menurut badan penyelidikan itu, peratusan tersebut tidak berubah berbanding angka yang direkodkan pada Disember 2025 dan Februari 2026.

“Merentasi kumpulan etnik, 39 peratus responden Melayu menyatakan negara ini menuju ke arah yang betul berbanding 50 peratus dalam kalangan responden Cina dan 33 peratus responden kaum India.

“Mengikut kumpulan umur, responden berumur 21 hingga 30 tahun merekodkan sentimen positif tertinggi sebanyak 57 peratus, manakala mereka yang berusia 51 hingga 60 tahun merupakan kumpulan paling kurang optimistik dengan hanya 32 peratus,” menurut kenyataan itu.

Dari segi tahap kepuasan terhadap Kerajaan Persekutuan, sebanyak 50 peratus responden menyatakan mereka berpuas hati, manakala 48 peratus lagi tidak berpuas hati.- Astro Awani

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading