theme-sticky-logo-alt
June 26, 2026
27 Views

Hassan Abdul Hamid Dipilih Sebagai Undang Luak Rembau Ke-22

KUALA LUMPUR: Hassan Abdul Hamid dipilih sebagai Undang Luak Rembau ke-22 dalam satu istiadat di Negeri Sembilan. Pemilihan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. “Dalam kerapatan yang diadakan oleh anak buah Kampung Tanjung itu, melalui ibu soko dan warisnya, telah memilih Tuan Haji Hassan Abdul Hamid sebagai... Read More

KUALA LUMPUR: Hassan Abdul Hamid dipilih sebagai Undang Luak Rembau ke-22 dalam satu istiadat di Negeri Sembilan.

Pemilihan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Dalam kerapatan yang diadakan oleh anak buah Kampung Tanjung itu, melalui ibu soko dan warisnya, telah memilih Tuan Haji Hassan Abdul Hamid sebagai Undang Luak Rembau yang ke-22, insya-Allah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan bahawa dalam istiadat berkenaan, pihak adat telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Besar melalui anakanda baginda, Tunku Ali, bagi mengadakan majlis menjunjung kasih.

Menurut kenyataan itu, perkenan telah diberikan dan majlis berkenaan akan diadakan pada Sabtu, 27 Jun 2026, di Istana Besar Seri Menanti.

“Dalam istiadat tadi, kami telah memohon perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku, melalui anakanda baginda Yang Amat Mulia Tunku Ali, untuk diadakan satu majlis menjunjung kasih,” kata kenyataan wakil-wakil adat Luak Rembau hari ini

Menurut kenyataan, pihak tuanku telah memperkenankan majlis itu diadakan pada hari Sabtu ini, 27 Jun 2026 di Istana Besar Seri Menanti.- Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading