theme-sticky-logo-alt
June 25, 2026
72 Views

“PH Tidak Pilih Calon Secara Sebarangan,”-Nga Kor Ming

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan calon “tangkap muat”, sebaliknya terdiri daripada individu berwibawa dan berpengalaman, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming. Menurut Malaysia Gazette, Nga berkata setiap calon yang dipilih telah melalui pelbagai tapisan bagi memastikan mereka mempunyai latar belakang serta rekod perkhidmatan yang baik... Read More

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan calon “tangkap muat”, sebaliknya terdiri daripada individu berwibawa dan berpengalaman, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming.

Menurut Malaysia Gazette, Nga berkata setiap calon yang dipilih telah melalui pelbagai tapisan bagi memastikan mereka mempunyai latar belakang serta rekod perkhidmatan yang baik sebelum diketengahkan kepada rakyat.

“Kita sebenarnya tidak memilih calon secara sebarangan. Kita hanya pilih calon yang berwibawa dan memang telah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

“Calon-calon ini telah melalui pelbagai tapisan dan yang penting kita mahu menawarkan yang terbaik kepada Bangsa Johor kerana kita sayang Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 di Flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, hari ini.

Nga berkata pemilihan calon PH dibuat dengan mengambil kira kemampuan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat serta membawa tawaran terbaik kepada pengundi Johor.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading