theme-sticky-logo-alt
June 24, 2026
34 Views

Kes Rasuah RM 11.6 Juta: Mahkamah Tolak Rayuan Guan Eng,Isteri Dan Ahli Perniagaan

PUTRAJAYA: Penasihat DAP Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan dibicarakan atas pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram membabitkan RM11.6 juta. Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan mereka untuk membatalkan pertuduhan berkenaan. Rayuan itu berkisar sama ada pertuduhan tersebut wajar dibatalkan atas alasan berlaku penyalahgunaan proses mahkamah serta penggunaan... Read More

PUTRAJAYA: Penasihat DAP Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan dibicarakan atas pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram membabitkan RM11.6 juta.

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan mereka untuk membatalkan pertuduhan berkenaan.

Rayuan itu berkisar sama ada pertuduhan tersebut wajar dibatalkan atas alasan berlaku penyalahgunaan proses mahkamah serta penggunaan keterangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes terdahulu melibatkan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang oleh Guan Eng.

Dalam kes terdahulu itu, Guan Eng telah dibebaskan pada 2018.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah, yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, sebulat suara menolak rayuan berkenaan.

Mahkamah mendapati tiada kekhilafan dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ketika membuat keputusan sebelum ini.

Ketika membacakan penghakiman, Hakim Noorin berkata prinsip autrefois acquit atau sebelum ini dibebaskan, autrefois convict atau sebelum ini disabitkan, serta estoppel, tidak terpakai dalam kes tersebut.

“Pertuduhan yang dikenakan terhadap perayu-perayu menyentuh isu yang berbeza dengan pertuduhan yang telah dilepaskan dan dibebaskan sebelum ini,” katanya.

Kes rasuah dan pengubahan wang haram itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 Julai ini. -Buletin TV3

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading