theme-sticky-logo-alt
June 24, 2026
20 Views

“ Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan,”-Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan pihak yang didakwa menghalang Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan Felda. Desakan sama turut ditujukan kepada Ketua Pengarah Felda susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menafikan beliau pernah mengeluarkan arahan atau halangan sedemikian. Akmal... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan pihak yang didakwa menghalang Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan Felda.

Desakan sama turut ditujukan kepada Ketua Pengarah Felda susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menafikan beliau pernah mengeluarkan arahan atau halangan sedemikian.

Akmal berkata penjelasan daripada Anwar dan kepimpinan Felda perlu bagi menjawab persoalan yang kini menjadi tanda tanya rakyat berhubung kontroversi tersebut.

“Jadi, saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan juga Ketua Pengarah Felda, untuk menjawab siapa yang tak bagi ni.

“Felda tolong jawab, Perdana Menteri kita, tolong jawab,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Menurut Akmal, isu itu tidak seharusnya dibiarkan tanpa jawapan jelas kerana rakyat mahu mengetahui pihak yang memberikan arahan berkenaan.

“Janganlah jadi bab kata pepatah, dah baling batu, lepas tu sorok tangan juga.

“Rakyat ni nak tahu ni, arahan siapa ni? Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan juga Ketua Pengarah Felda, mohon dan tolong jawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat ni. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, Onn Hafiz mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan Felda bagi program penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026.-Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading