theme-sticky-logo-alt
June 24, 2026
7 Views

Ronaldo Tepis Kritikan

HOUSTON: Portugal bangkit bergaya dalam saingan Kumpulan K Piala Dunia 2026 selepas membelasah Uzbekistan 5-0 di Houston, sekali gus menghidupkan semula momentum pasukan itu selepas terikat 1-1 dengan DR Congo dalam aksi pembukaan. Cristiano Ronaldo membalas kritikan terhadap persembahan suram ketika menentang DR Congo dengan menjadi watak utama kemenangan Portugal apabila meledak dua gol. Lebih... Read More

HOUSTON: Portugal bangkit bergaya dalam saingan Kumpulan K Piala Dunia 2026 selepas membelasah Uzbekistan 5-0 di Houston, sekali gus menghidupkan semula momentum pasukan itu selepas terikat 1-1 dengan DR Congo dalam aksi pembukaan.

Cristiano Ronaldo membalas kritikan terhadap persembahan suram ketika menentang DR Congo dengan menjadi watak utama kemenangan Portugal apabila meledak dua gol. Lebih manis, jaringan itu menyaksikan beliau mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia.

Portugal membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Ronaldo, sebelum Nuno Mendes menggandakan kelebihan menerusi sepakan percuma. Ronaldo kemudian sekali memastikan Portugal selesa mendahului 3-0 sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, tekanan berterusan Portugal memaksa penjaga gol Uzbekistan, Abduvohid Nematov, tertampan bola ke gawang sendiri sebelum Rafael Leão melengkapkan malam gemilang Portugal dengan gol kelima.

Kemenangan besar itu meletakkan Portugal dalam kedudukan selesa untuk memburu tempat ke pusingan kalah mati, dengan empat mata selepas dua perlawanan.

Portugal selepas ini dijadualkan bertemu Colombia, manakala Uzbekistan akan menentang DR Congo dalam perlawanan terakhir Kumpulan K.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading