theme-sticky-logo-alt
June 24, 2026
28 Views

“Tiada Halangan Untuk MB Johor Masuk Ke FELDA,”-Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud sebarang arahan atau halangan terhadap Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi untuk memasuki kawasan Felda. Dalam jawapan ringkas kepada BH hari ini, Zahid berkata tindakan seperti didakwa Onn Hafiz itu bukan atas arahannya. “Tiada sebarang arahan atau halangan untuk Menteri Besar masuk ke kawasan Felda.... Read More

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud sebarang arahan atau halangan terhadap Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi untuk memasuki kawasan Felda.

Dalam jawapan ringkas kepada BH hari ini, Zahid berkata tindakan seperti didakwa Onn Hafiz itu bukan atas arahannya.

“Tiada sebarang arahan atau halangan untuk Menteri Besar masuk ke kawasan Felda.

“Saya tidak pernah mengarahkan atau menghalang Menteri Besar Johor untuk masuk ke dalam kawasan Felda,” katanya.

Semalam, Onn Hafiz mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan Felda bagi program penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026, hujung minggu lalu.

Susulan itu, majlis yang pada asalnya dijadual berlangsung di Felda Ulu Belitong, Kluang pada 20 dan 21 Jun lalu terpaksa dipindahkan ke Dewan Dato’ Onn, Taman Sri Lambak.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading